Tulisan Oon Yeoh dan Ong Kian Ming di Malaysiakini sejak dua hari lepas menumpukan kepada Anwar dan masalah dalaman Pakatan Rakyat. Dalam dua tulisan sebelum ini, kedua-dua penulis menimbulkan persoalan samada Anwar merupakan seorang ”changed man” - daripada seorang politikus yang memanfaatkan sistem untuk kepentingan politiknya kepada seorang reformis tulin - dan boleh diharap untuk melaksanakan janji-janji reformisnya. Hari ini mereka menulis mengenai desas-desus perbincangan antara PAS dan UMNO untuk memelihara perpaduan Melayu.
Oon Yeoh dan Kian Ming nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan harapan para reformis. Jika sekalipun Anwar bukanlah seorang “changed-man” sepertimana yang disangka, mereka berhujjah bahawa Anwar akan tetap melaksanakan janji-janjinya kerana tindakan tersebut merupakan percaturan politik yang strategik.
Mereka menulis:
But even if one is cynical and believes that he has not changed, does it matter provided he carries out all the reforms he has promised? There is little doubt in our minds that he would free up the media, abolish the Internal Security Act and reform the Universities and University Colleges Act if he becomes the next PM. He would also dismantle the NEP and replace it with something better. You can also throw in a Freedom of Information Act to boot. In other words, he would implement all the things that civil society expects him to.
Why are we so confident about that?
Quite simply, because it would be to his strategic advantage to carry out such reforms. In fact, there is only upside and no downside for him to do so. He would be seen as the man who was responsible for 'freeing' up Malaysia and for turning it into a real democracy. He would become the greatest PM Malaysia ever had.
Saya bersetuju dengan kedua-dua penulis bahawa Anwar harus mengambil keputusan politik yang strategik. Untuk itu, beliau harus menjadi seorang populis. Bagi Oon Yeoh dan Kian Ming, ”membebaskan Malaysia” dan ”merubahnya kepada demokrasi yang tulin” adalah satu tindakan yang popular dan strategik.
Walau bagaimanapun saya agak sangsi bahawa saranan Oon Yeoh dan Kian Ming itu seratus peratus strategik untuk Anwar. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menyemak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti mungkin popular, tetapi menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tentu seratus peratus popular. Mempromosi hak kebebasan beragama juga belum tentu popular. Orang mungkin bertanya, hak kebebasan beragama yang bagaimana? Sekiranya Anwar menjelaskan bentuknya, mungkin beliau menjadi popular bagi sekalangan orang tetapi tidak popular bagi sekalangan yang lain.
Percaturan populariti semata-mata tidak selalunya menentukan dasar. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang heterogenous seperti di Malaysia. Hampir tidak ada satu dasar yang apabila diumumkan sahaja boleh menyebabkan seorang pemimpin politik itu popular di mata semua kaum dan agama. Populariti - atau dalam bahasa yang lebih ilmiah, keabsahan politik (political legitimacy) - perlu dibina (construct).
Dr. Mahathir mengambil tindakan yang tidak popular apabila beliau memulakan perusahan otomobil nasional, melucutkan kuasa raja-raja, memecat hakim, melaksanakan projek mega dan memecat Anwar dari UMNO dan kerajaan. Tetapi Dr. Mahathir sehingga ke akhir pemerintahannya masih seorang pemimpin yang ”popular”. Barisan Nasional juga memenangi setiap pilihanraya umum dengan mengekalkan majoriti dua pertiga sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Tentu sekali hal ini ada kena mengena dengan keupayaan Dr. Mahathir membina keabsahan politik di samping mengekang suara-suara yang membantah. Sebagai seorang wartawan, Oon Yeoh tentu sekali amat arif tentang bagaimana keabsahan politik dibina oleh para ”organic intellectuals”.
Yang lebih penting ialah keyakinan seorang pemimpin terhadap idea-idea yang dibawanya. Sekiranya Anwar yakin dengan idea-idea demokrasi liberal dan nilai-nilai separa-sekular (kerana Anwar lebih dikenali sebagai seorang Islamis), beliau tentunya akan melaksanakan segala janji-janji reformisnya. Populariti - atau keabsahan politik - boleh dibina. Ramai ”organic intellectuals” di keliling-kelalang Anwar yang bersedia - malah yang sudah pun - melakukan kerja-kerja membina keabsahan politiknya samada melalui media cetak atau media baru. Oon Yeoh dan Kian Ming tidak perlu meragui Anwar dalam hal ini.
Namun yang menimbulkan persoalan ialah mengapa pula timbul desas-desus PAS mahu mewujudkan kerjasama dengan UMNO? Apakah PAS - atau segelintir pemimpin PAS - mula meragui Anwar dengan idea-idea demokrasi liberal dan separa-sekularnya? Ini yang perlu dibimbangi oleh Oon Yeoh dan Kian Ming. Saya tidak mempunyai jawapan kepada persoalan ini. Minta maaf!
No comments:
Post a Comment