Dato’ Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, dilapor mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman ketika berceramah di Permatang Pauh. Beliau dilaporkan berkata "kaum Cina adalah pendatang di negara ini dan (oleh sebab itu) adalah mustahil untuk mencapai persamaan hak antara kaum".
Seksyen 3(1) Akta Hasutan menyenaraikan beberapa perkara yang jika dipersoalkan boleh dikira sebagai menghasut. Ini termasuklah hak kerakyatan kaum bukan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu, bahasa ibunda orang bukan Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Dalam bulan Oktober 1978, Ahli Parlimen Kinabalu, Dato’ Mark Koding, dalam ucapannya di Dewan Rakyat menggesa kerajaan agar menutup sekolah-sekolah Cina dan Tamil kerana mengganggu proses integrasi nasional. Beliau merujuk kepada kaum Cina dan Tamil sebagai ”orang asing”. Berikut adalah petikan ucapan beliau di Parlimen.
”Keadaan eksklusif dalam negara kita di masa ini adalah hasil daripada baik hati kaum bumiputra membiarkan sekolah-sekolah China dan India menggunakan bahasa mereka selepas Merdeka. Sekiranya tokoh-tokoh kita yang awal dapat meramalkan keadaan yang berlaku pada masa ini dan tidak bertolak ansur untuk menghapuskan pelajaran China dan Tamil sudah tentu kita tidak akan menghadapi masalah yang kita hadapi sekarang ini. Bagaimanapun, masih ada lagi masa untuk kita membaiki keadaan ini. Tindakan kita bukanlah mencerminkan tujuan dan kepercayaan tokoh-tokoh kita yang lalu oleh sebab mereka telah bertindak berdasarkan kepada keadaan yang wujud pada masa itu dan mereka dengan ikhlas mempercayai bahawa mereka telah dapat menyelesaikan isu tersebut. Mereka tidak dapat disalahkan dengan apa yang terjadi pada hari ini oleh sebab cabaran-cabaran yang kita terima hari ini bukanlah datang dari zaman mereka. Cabaran yang kita hadapi sekarang adalah tanggungjawab kita untuk mengatasinya”.
”Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untuk memutuskan samada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalan raya di negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu. Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak bertentangan dengan Artikal 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan juga melenyapkan harapan dan aspirasi generasi baru kita yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh identiti orang asing. Adakah kita mahu mengwujudkan identiti kita atas asas kemelayuan, kechinaan atau keindiaan. Saya rasa sudah pasti kemelayuan atau kebumiputeraan kerana tidak ada alternatif yang lain demi survival negara kita”.
Laporan polis dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Melaka Chan Teck Chan (DAP) pada 7 November 1978. Di Malaysia, parliamentary privillege tidak terpakai dalam hal-hal yang berkait dengan kesalahan hasutan. Mark Koding didakwa pada tahun 1981 (dua tahun sembilan bulan dari tarikh laporan polis dibuat) dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada bulan Mei 1982. Beliau menjadi Ahli Parlimen pertama di negara ini yang didapati bersalah mengeluarkan kata-kata menghasut di Parlimen. Kerana ini merupakan kesalahan seumpamanya yang pertama (juga kesalahan yang pertama bagi mark Koding), mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas beliau iaitu berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin. Tetapi Hakim Mohamad Azmi mengingatkan agar hukuman ringan ini tidak dijadikan precedent untuk kes-kes yang berikutnya.
Pada tahun 1997, Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, Lim Guan Eng, didapati bersalah kerana menghasut. Isunya bukan perkauman tetapi kritikan terhadap sistem keadilan di Malaysia. Akibatnya beliau meringkuk di penjara dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka.
Pada bulan November tahun lalu, Hindraf mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dengan mendakwa kerajaan yang ”didominasi” oleh kaum Melayu mengamalkan diskriminasi ala apartheid dan menuntut supaya hak-hak keistimewaan Melayu dihapuskan. Tiga pemimpin Hindraf didakwa di bawah Akta Hasutan tetapi kemudiannya dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah. Tiada pemimpin DAP, MCA dan Gerakan menuntut supaya mereka didakwa semula di bawah Akta Hasutan. Malah, ”Pemimpin Agung” PKR, Anwar Ibrahim, menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hindraf, walaupun beliau tidak bersetuju dengan beberapa tuntutan kumpulan itu. Ketiga-tiga pemimpin Hindraf sehingga kini masih belum meminta maaf. Saya hampir pasti mereka tidak akan berbuat demikian.
Sekarang Ahmad Ismail. Beliau juga mengeluarkan kenyataan berbau perkauman. Sekiranya pihak polis dan pejabat peguam negara mempunyai bukti yang mencukupi di bawah undang-undang beliau sepatutnya didakwa di mahkamah. Namun, berdasarkan debat di ruang awam, Ahmad sebenarnya telah didapati bersalah. Oleh kerana itu beliau perlu memohon maaf. Tetapi maaf sahaja tidak mencukupi. Berbondong-bondong pemimpin DAP, MCA dan Gerakan mengadakan kempen seluruh negara mendesak supaya Ahmad didakwa di bawah Akta Hasutan.
Nampaknya kita masih belum ke mana ......

No comments:
Post a Comment