Sunday, August 31, 2008

Politik Bukan Perkauman?

Seorang sahabat lama saya mengatakan bahawa politik Malaysia pada hari ini sudah tidak lagi berasaskan kaum. Politik bukan komunal (non-communal politics) katanya. PRU 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh menunjukkan penolakan rakyat terhadap politik perkauman ala BN. Justeru, parti-parti politik berasaskan kaum dalam BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC sudah tiada masa depan lagi. Ini hujjah sahabat lama saya itu.

Saya bingung juga. Isu-isu perkauman melatari kempen PRU 2008. Tuntutan Hindraf bersifat perkauman. Tuntutan penamatan DEB bersifat perkauman. Penafian "ketuanan Melayu" bersifat perkauman juga. Malah, ketika mengikuti kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, apabila YB Lim Kit Siang mengatakan bahawa pengundi Permatang Pauh akan melakar sejarah di Malaysia, seorang gadis tionghua di sebelah saya (mungkin secara tidak sedar) menyebut ”No. 2”. Yang saya faham, dia mungkin bermaksud sekiranya Anwar menang dan Pakatan Rakyat memerintah, YB Lim atau seorang anak tionghua akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, orang No. 2 negara. Ketika saya berjalan menuju ke pusat mengundi di Seberang Jaya (kebetulan saya pengundi berdaftar di Permatang Pauh), seorang lelaki Melayu menggesa saya mengundi parti tertentu kerana parti yang satu lagi itu didominasi oleh kaum bukan Melayu.

Nah ... apakah negara ini sedang menuju ke arah politik bukan perkauman, atau semakin bersifat perkauman?

2 comments:

  1. Dr. Marzuki,

    Secara umumnya saya setuju dengan pandangan sahabat lama Dr. Cuma, pada pendapat saya, politik Malaysia pada hari ini belum lagi mencapai tahap 'non-communal' secara menyeluruh. Pada saya, adalah lebih tepat jika dikatakan bahawa Malaysia kini 'menuju' kearah politik bukan komunal.

    Dan, memandangkan kita masih dalam proses 'menuju' kearah perubahan, tidak hairanlah kenapa Dr. masih lagi bertembung dengan individu-individu yang masih ditakuk lama. Mungkin lelaki Melayu dan gadis cina yang Dr. maksudkan itu (termasuk Hindraf - to some extent) masih keliru dengan arus perubahan politik sekarang. Bukankah kebolehan seseorang untuk memahami aspirasi baru adalah berbeza ? Some are slower than others...

    Selain itu, maaf jika saya katakan disini bahawa saya tidak berapa setuju dengan komen Dr. bahawa penolakan 'Ketuanan Melayu' dan DEB adalah bersifat perkauman. 'Penolakan' tersebut tidak bersifat perkauman. Sebaliknya DEB dan juga 'Ketuanan Melayu' itulah yang bersifat perkauman dan dengan itu ianya ditolak - selaras dengan asprasi baru politik bukan komunal.

    Wallahhualam.

    ReplyDelete
  2. Sdr. Marzuki,

    Barangkali sahabat lama saudara bernazrah awal dan berhusnu dzan bahawa politik Malaysia kelak tidak lagi akan, atau setidak2nya, tidak lagi wajar bernuansa perkauman yang sempit dan cauvinis serta centric. Sebaliknya sedang dalam proses menuju ke arah pembinaan sebuah citra politik baru yang bersifat sivil sejagat. Ya POLITIK SIVIL yakni politik yang lahir dari nurani rakyat/umat berteraskan kepada kekuatan SATU peradaban yang sejagat...seperti yang terkandung dalam gagasan MASYARAKAT MADANI...

    Kekalutan yang berlaku di saat ini, seperti yang saudara gusarkan, adalah dek kerana pertembungan pikiran yang rencam di kalangan masyarakat kita hari ini yang telah 'blend' dengan pelbagai konsep dan pandangan sarwa tentang kehidupan, tanpa satu bimbingan dan pimpinan yang jelas tentang arah tuju...

    Justeru, kebimbangan saya bukan lagi tentang adakah atau tidak perkauman nuansa-totok ini, sebaliknya ialah apakah bentuk dan acuan politik baru yang non-komunal atau politik sivil yang mahu kita lihat? Apakah substance-nya...? Ke mana hendak kita bawa 'politik baru' ini?

    Dalam hal ini, barangkali tidak salah jika kita berkongsi kebimbangan Jonathan Haidt dari Universiti Virginia, tentang masa depan politik di US.Beliau memulakan tulisannya di dalam "Civil Politics.org" dengan bertanya, "Can't we all disagree more constructively?..." Seterusnya beliau menulis, "At a time when America faces enormous challenges at home and dangers abroad, our ability to work together, trust each other, and compromise for the common good is declining. Surveys show that Americans are not moving further apart in their attitudes about specific policy issues. Instead our leaders, our political parties, and our media outlets have become more polarized, strident, and moralistic (i.e., excessively concerned with morality and certain of their own virtue). When political opponents are demonized rather than debated, compromise and cooperation become moral failings and political actors begin to believe that their ends justify the use of any means. The disturbing image that many Americans have is that their leaders are more interested in fighting each other and scoring political points than in steering the ship of state.." Selanjutnya, beliau menganjurkan "moralistic politics", dengan matlamat, "to promote "civil politics," by which we mean politics in which power and ideas are hotly contested but opponents are respected as fellow citizens who are assumed to be sincere in their beliefs."

    Haidt menulis ini di saat angin perubahan sedang bertiup angin perubahan membawa fenomena baru di dalam lanskap politik US. Fenomena yang menyaksikan seolah2 kebangkitan satu kuasa politik yang bersifat sivil.(Fenomena yang hampir sama terjadi ketika Pilihan Raya Presiden untuk memilih di antara Bush atau Al Gore) Disebut "sivil" kerana ia bersifat jelata, mewakili hampir semua kelompok ras rakyat Amerika. Semua kelompok ras ini telah bersama dan bersatu melangkaui "dna" bangsa, bahasa, agama, warna kulit dan sebagainya, untuk menentukan masa depan politik negara mereka dengan menolak kepimpinan yang korup pemikiran dan tindakan dalam politik dan pentadbiran mereka, dan sedang berusaha untuk memenangkan calon mereka, Obama....


    Bagi menjawab persoalan "bentuk acuan" atau "pengisian" barangkali pandangan Marcela Cristi (2001) di dalam makalahnya "From Civil to Political Religion", mungkin ada relevannya. Beliau melihat keperluan kembali kepada akar spiritual dan ketuhanan. Beliau memulakan pembicaraan beliau dengan..."Prompted by the shattering of the bonds between religion and the political order brought about by the Enlightenment, Jean-Jacques Rousseau devised a "new" religion (civil religion) to be used by the state as a way of enforcing civic unity. Emile Durkheim, by contrast, conceived civil religion to be a spontaneous phenomenon arising from society itself - a non-coercive force expressing the self-identify or self-definition of a people. In 1967, the American sociologist Robert Bellah rediscovered the concept and applied it to American society in its Durkheimian form. Ever since Bellah's publication, most authors have sought to explain civil religion in terms of an alleged "spontaneous" integrative role for society. They have emphasized the religious and cultural dimension of the concept, but failed to give due consideration to its political-ideological foundations. Thus, the coercive potential of civil religion has received little attention or has been wrongly relegated to Third World countries. Cristi provides a critique of the civil religion thesis, and identifies the most basic deficiencies of literature on this topic. By contrasting Bellah's Durkheimian conception with Rousseau's original formulation, the author discloses the dubious conceptual and empirical basis of the former. She demonstrates the need to rethink Bellah's thesis in the light of a reinterpretation of Rousseau's and Durkheim's classical approaches, and substantiates her critique with a brief comparative survey of state-directed civil religions, and with an informative case study of civil religion in Pinochet's Chile."

    Selanjutnya, beliau menulis,"With a good conscience our only sure reward, with history the final judge of our deeds, let us go forth to lead the land we love, asking His blessing and His help, but knowing that here on earth God's work must truly be our own."

    Beliau, turut mengingatkan bahawa, "God has not been preparing the English-speaking and Teutonic peoples for a thousand years for nothing but vain and idle self-contemplation and self-admiration. No! He has made us the master organizers of the world to establish system where chaos reigns...

    "Akhirnya, beliau merumuskan, "Above all else, the time has come for us to renew our faith in ourselves and in America. In recent years, that faith has been challenged. Our children have been taught to be ashamed of their country, ashamed of their parents, ashamed of America's record at home and its role in the world. At every turn we have been beset by those who find everything wrong with America and little that is right..."

    Jika kita perhatikan kedua2 pandangan tersebut jelas bahawa politik baru yang ditandai dengan brand "politik sivil" ini tidak boleh diacukan dengan sembrono sebaliknya perlu diisi dengan sesuatu yang bersifat "sivil" (bertamaddun/beradab) atau keagamaan/spiritual.Agar perubahan yang didakwa dan dibawa memberi natijah yang besar dan bermakna bukan sahaja kepada kaum semua tetapi juga rakyat sekalian. Bahkan, bukan juga hanya rakyat sekalian tetapi Umat sejagat. (Rahmatan Lil a'lamin)...Barangkali "bentuk" dan "acuan" seperti ini ada dalam gagasan MASYARAKAT MADANI...Tengok2lah...Wallahua'alam

    ReplyDelete