Pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 disambut baik oleh ramai pihak. Para pejuang bahasa terutama sekali menarik nafas lega dengan pengumuman ini.
Namun begitu, ada juga pihak yang tidak sabar menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI. Mereka ini sebaliknya menggesa agar dasar PPSMI dimansuh mulai 2010.
Antara yang paling lantang menyuarakan hal ini ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Beliau malah menggunakan pentas PAS semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir baru-baru ini untuk mengutuk kerajaan berhubung “penangguhan” keputusan memansuhkan PPSMI.
Akhbar Harakah keluaran 28-30 Ogos 2009 mememetik kenyataan Pak Samad yang menyifatkan “keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar PPSMI di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai penghinaan berterusan terhadap bahasa kebangsaan”.
Saya tidak pasti samada Pak Samad tersalah faham atau wartawan Harakah tersalah lapor. Yang saya pasti, PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat mulai 2012 di mana murid Tahun 1 dan Tahun 4 di sekolah rendah, dan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di sekolah menengah akan mula mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Murid Tahun 1 dan Tahun 4 di SRJK(C) dan SRJK(T) pula akan mempelajari kedua-dua mata pelajaran tersebut masing-masing dalam bahasa Cina dan Tamil.
Tidak timbul soal penangguhan pemansuhan PPSMI sehingga 2017. Yang saya faham, pemansuhan PPSMI secara berperingkat akan sempurna pada tahun 2017. Ini bermakna, pada tahun 2017 nanti, semua murid di sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Semua murid di SRJK(C) dan SRJK(T) pula akan mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini dalam bahasa Cina dan Tamil. Inilah yang dinamakan pelaksanaan berperingkat. Ketika PPSMI diperkenalkan dahulu, pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat juga.
Dalam melaksanakan dasar yang sepenting ini, perkara utama yang perlu diambil kira ialah kepentingan murid, bukan sentimen. Kejayaan pelaksanaan sebarang dasar awam bergantung kepada persiapan yang rapi dan kesiapsiagaan pelaksana dasar. Sentimen yang berapi-api perlu ditolak ke tepi. Isu pelaksanaan dasar perlu dilihat dari sudut pandang yang praktikal.
Pemansuhan PPSMI ini misalnya melibatkan beberapa isu praktikal seperti penggubalan kurikulum, penyediaan buku teks, latihan mengajar dan kesediaan murid. Perlu diingat bahawa pemansuhan PPSMI bukan sekadar “kembali mengajar dalam Bahasa Melayu” tetapi juga pengenalan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang melibatkan pengenalan beberapa mata pelajaran baru, penggubalan kurikulum baru dan perubahan jadual waktu.
Bukan sahaja waktu pembelajaran dalam bahasa Melayu akan bertambah dengan pemansuhan PPSMI, malah komponen sastera Melayu juga akan diberikan penekanan. Justeru, saya tidak nampak berlaku pengkhianatan berterusan terhadap bahasa Melayu. Pemansuhan PPSMI dan pengenalan MBMMBI sebenarnya merupakan sebahagian daripada langkah untuk meletakkan kembali Bahasa Melayu di tempat yang sewajarnya dalam sistem pendidikan kita.
Kesemua ini memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi. Penyediaan buku teks umpamanya. Tidak cukup sekadar menterjemahkan buku-buku sekarang, atau mencetak kembali buku-buku sebelum 2003 untuk digunakan di sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran mungkin perlu menggunakan buku-buku terbitan baru untuk disesuaikan dengan silibus baru. Alang-alang hendak mencetak buku teks baru, kandungannya pun elok diperkemaskan lagi.
Benar PPSMI diperkenalkan dalam masa yang singkat. Tetapi lihatlah apa hasilnya. Pelaksanaan secara tergesa-gesa merupakan satu faktor mengapa dasar ini tidak berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dihasratkan.
Untuk memastikan pemansuhan PPSMI dan pengenalan MBMMBI tidak dibuat secara tergopoh-gapah, kerajaan mengambil pendekatan soft-landing. Kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar dalam dwi-bahasa mulai tahun 2010. Ini bermakna, secara tidak langsung, langkah awal pelaksanaan dasar baru ini sudahpun ‘bermula’ pada tahun 2010.
Di samping itu, murid kohort terakhir PPSMI akan dibenarkan mempelajari Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa. Ini adalah untuk mengurangkan sebarang kesan negatif yang mungkin timbul akibat perubahan dasar secara drastik.
Mereka adalah murid yang akan berada di Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014; Tahun 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015; Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016; Tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014; dan Tingkatan 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015.
Ini bermakna proses pemansuhan PPSMI akan lengkap seratus peratus pada tahun 2016 di sekolah menengah dan 2017 di sekolah rendah. Dengan strategi soft-landing ini, pusingan lengkap pemansuhan PPSMI mengambil masa selama lima tahun di sekolah rendah dan empat tahun di sekolah menengah.
Pusingan lengkap pelaksanaan PPSMI pula mengambil masa selama enam tahun. Jika dibandingkan, pemansuhan PPSMI mengambil masa yang lebih singkat berbanding pengenalan dasar itu.
Ada juga pihak yang meragui keihklasan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI. Akhbar Harakah keluaran yang sama memetik kenyataan seorang pemimpin mahasiswa yang bimbang kerajaan tidak akan memansuhkan PPSMI.
Saya tidak fikir begitu. Setelah bersusah payah meyakinkan rakyat bahawa PPSMI bukanlah satu dasar yang baik, adalah tidak masuk akal untuk meneruskan dasar ini menjelang 2012. Ini satu tindakan membunuh diri.
Malah, bukan sesuatu yang mudah bagi sesebuah kerajaan untuk mengakui kelemahan sesuatu dasar yang telah dilaksanakan bagi tempoh yang agak lama. Apakah keberanian politik yang telah ditunjukkan dengan keputusan memansuhkan PPSMI hendak disia-siakan begitu sahaja? Saya sekali lagi tidak fikir begitu.

No comments:
Post a Comment