Invictus asalnya sebuah sajak yang ditulis oleh seorang penyair Inggeris, William Ernest Henley. Di tangan Clint Eastwood, Invictus menjadi sebuah filem yang hebat. Kehebatannya bukan pada sinematografi atau barisan pelakon yang jelita. Tetapi pada mesej dan jalan cerita.
Filem ini mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, dalam perjuangannya meruntuhkan tembok perkauman selepas pemerintahan rejim apartheid di Afrika Selatan. Beliau memilih untuk melakukannya melalui sukan ragbi.
Apa yang menarik dalam filem ini bukanlah kehebatan pasukan ragbi Afrika Selatan, Springbok, yang berjaya meraih kejuaraan piala dunia pada tahun 1995. Tetapi bagaimana Mandela berjaya mengikis perasaan benci kaum kulit hitam terhadap Springbok.

Springbok dianggotai oleh kaum kulit putih, kecuali seorang sahaja pemain kulit hitam. Kerana itulah Springbok dibenci oleh kaum kulit hitam. Pasukan ini adalah lambang kekejaman apartheid di mata mereka. Sebaliknya, bagi kaum kulit putih, Springbok adalah kebanggaan mereka.
Filem ini menampilkan keberanian dan keazaman politik Mandela untuk mengikis stigma perkauman ini. Walaupun terpaksa menghadapi tentangan hebat kumpulan ekstrimis kaum kulit hitam pada awalnya, Mandela memberi sokongan kuat kepada Springbok. Bagi Mandela, dalam membawa penyatuan di Afrika Selatan, tidak wajar baginya mengambil sesuatu yang menjadi kebanggaan mana-mana kaum.

Usaha ini berhasil. Kejayaan Springbok merangkul kejuaraan piala dunia telah meningkatkan rasa bangga rakyat Afrika Selatan terhadap negara mereka. Springbok bukan lagi lambang kekejaman apartheid, tetapi sumber inspirasi rakyat - baik kulit hitam atau kulit putih - untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu.
Keberanian Mandela berhadapan dengan kaumnya sendiri untuk melebur stigma perkauman yang tebal menjadikan Mandela seorang pemimpin yang hebat. Tindakan beliau menyokong Springbok, pasukan ragbi yang paling dibenci oleh kaum kulit hitam, memberi mesej yang kuat kepada rakyat Afrika Selatan untuk meruntuhkan tembok kebencian yang sekian lama membelenggu mereka.
Menonton filem ini, teringat saya kepada cabaran yang dihadapi oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan di zaman awal selepas merdeka dahulu. Mereka terpaksa berhadapan dengan desakan, asakan dan tentangan yang hebat daripada kumpulan ekstremis kaum yang menuntut sesuatu yang lebih bagi kaum masing-masing.

Kalaulah bukan kerana keberanian pemimpin-pemimpin ini untuk berhadapan dengan kaum masing-masing, memupuk perasaan saling hormat menghormati antara kaum dan menegaskan keperluan kepada politik akomodasi dan toleransi, kita mungkin telah lama gagal dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang harmoni. Sekarang inipun, kita masih bergelut dengan cabaran yang sama.
Sifat berani inilah yang cuba ditonjolkan oleh Clint Eastwood dalam Invictus. Keseluruhan filem ini memaparkan keazaman dan kekentalan semangat Mandela untuk meruntuhkan tembok kebencian antara kaum dan memupuk rasa bangga pada sebuah negara bangsa yang bebas dan bersatu.
Biarpun tindakannya dicemuh oleh mereka yang skeptikal, Mandela tahu bahawa beliau seorang pemimpin. Sebagai pemimpin beliau tidak harus tunduk kepada cemuhan dan asakan. Sebagai pemimpin tugasnya ialah untuk memimpin rakyat ke jalan yang diyakininya benar. Bak kata Mandela dalam filem ini, yang dipetik daripada sajak Invictus, "I am the master of my fate, I am the captain of my soul".
Berapa ramaikah pemimpin seperti Mandela?
Invictus bukanlah filem bagi penggemar sukan ragbi. Ia adalah filem bagi mereka yang mahu mendapatkan inspirasi tentang bagaimana untuk menjadi pemimpin yang sebenar.
Berikut adalah bait-bait sajak “Invictus” yang menjadi sumber inspirasi Mandela ketika beliau berada dalam kurungan rejim apartheid.
Out of the night that covers me,
Black as the Pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.
In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.
Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds, and shall find, me unafraid.
It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll.
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.

Assalammualaikum En.Marzuki. Mmg kami sdg mencari cerita ini. Puas sudah mengeledah kedai2 jualan CD yg halal mahupun yg haram. Semuanya out of stock.
ReplyDeleteBila saya postkan cerita ini di facebook, ramai tertanya2 best ker cerita ini. Jadi dgn itu, saya minta izin En.Marzuki utk mengpostkan ulasan cerita mengenai Invictus ini agar lebih ramai yg tahu kehebatan cerita ini.
Terima kasih kerana ulasan yg baik....